Gambar 1:Masjid Jamek Telok Ayer Tawar
ASSIGNMENT CTU101
TAJUK:
Pendidikan Dan Kegiatannya Agama Islam Di Kariah Saya
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU101
DISEDIAKAN OLEH:
Muhammad Faez Bin Ideris
No Matrik : 2010216966
Kumpulan: ACD1Da
PROGRAM:
Diploma Perakaunan(AC110)
TARIKH HANTAR:
22.Oktober.2010
TAJUK:
Pendidikan Dan Kegiatannya Agama Islam Di Kariah Saya
ISI KANDUNGAN
1. Isi kandungan
2.Abstrak
3.Pendahuluan
4.Konsep
5.Huraian
6.Penutup
7.Rujukan
TAJUK:
Pendidikan Dan Kegiatannya Agama Islam Di Kariah Saya
Pengenalan tentang skop tulisan saya ini adalah untuk menjelaskan tentang peranan,pendidikan dan kegiatan agama islam dimasjid atau kariah yang harus dipikul oleh setiap umat islam berdasarkan pendidikan dan kegiatan agama islam di kariah saya.Dewasa ini,Pendidikan dan kegiatan agama islam di kariah kita merupakan satu tanggungjawab yang penting yang harus dipikul oleh setiap individu,komuniti mahupun masyarakat.Sekiranya perkara asas ini diabaikan,institusi masjid akan roboh dan tidak lagi berperanan sebagai pusat penyatuan ummah islamiyyah serta tempat pendidikan dan kegiatan agama islam. Istilah “Masjid” berasal dari perkataan arab iaitu “Masjad”.Masjid atau kariah boleh diklasifikasi didalam dua maksud iaitu dari sudut pergertian bahasa dan juga dari sudut pergertian istilah syara.Perkataan masjid dari sudut bahasa ialah :” Nama bagi tempat sujud dahi .” Dari sudut syara’ pula ialah .”Setiap tempat daripada permukaan bumi dan ini berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘ alaihi wasalam. Sehubungan dengan itu,Masjid Jamek Telok Ayer Tawar siap dibina dan dirasmikan pada 4hb.Julai.1999 oleh YB Dato HJ Mohd Shariff B. HJ Omar yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 1999.Masjid ini terletak di Telok Ayer Tawar Seberang Perai Utara dan bersebelahan dengan jalan raya. Hasil perbincangan dengan imam kedua masjid iaitu HJ Omar B. Ahmad tentang fungsi dan cara pengendalian aktiviti di masjid saya.Ahli jawatankuasa masjid memberitahu secara umumnya terdapat pelbagai aktiviti yang di jalankan di masjid ini dan ianya terbahagi kepada empat acara utama itu aktiviti harian, mingguan, bulanan dan juga tahunan.Kesimpulannya, adalah menjadi tugas kepada seluruh umat Islam untuk memastikan bahawa masjid dapat berfungsi atau berperanan sebagai tempat penyebaran agama islam.
TAJUK:
Pendidikan Dan Kegiatannya Agama Islam Di Kariah Saya
PENDAHULUAN
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan rahmatnya saya dapat menyiapkan artikel tentang pendidikan dan kegiatannya agama islam di kariah saya.Tujuan saya menulis artikel ini adalah untuk menerangkan betapa pentingnya rumah Allah kepada individu dan masyarakat di kariah pada masa kini.Agama merupakan tunjang utama kepada kehidupan manusia.Bagi umat manusia,agama merupakan satu medium yang menghubungkan manusia dan penciptanya.Oleh itu,persepsi tentang peranan yang pernah dimainkan oleh masjid ini penting diberi perhatian agar umat Islam tidak melihat masjid sebagai tempat manusia berkunjung untuk melakukan sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat dan sekali sekala berbuka puasa sahaja.Dalam hadis sahih yang bermaksud :Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari. Rasulullah SAW tidak hanya mengajarkan masjid sebagai tempat ibadah mahdhah saja, tetapi kegiatan lainnya yang berurusan dengan kepentingan umat harus diberi keutamaan dalam memupuk sifat perpaduan di kariah masing-masing.
Pengenalan tentang skop tulisan saya ini adalah untuk menjelaskan tentang peranan,pendidikan dan kegiatan agama islam dimasjid atau kariah yang harus dipikul oleh setiap umat islam berdasarkan pendidikan dan kegiatan agama islam di kariah saya.Dewasa ini,Pendidikan dan kegiatan agama islam di kariah kita merupakan satu tanggungjawab yang penting yang harus dipikul oleh setiap individu,komuniti mahupun masyarakat.Sekiranya perkara asas ini diabaikan,institusi masjid akan roboh dan tidak lagi berperanan sebagai pusat penyatuan ummah islamiyyah serta tempat pendidikan dan kegiatan agama islam.Sehubungan dengan itu,penyatuan umat islam dan juga tempat pendidikan dan kegiatan agama islam harus diterapkan melalui program-program dan berlandaskan syariat Islam contohnya kegiatan keagamaan seperti solat berjemaah,bacaan al-Quran.Selain itu,program-program seperti kelas fardu ain dan kifayah,tahfiz Quran,Tafsir dan Hadith, Bahasa Arab,Tadika dan sekolah agama petang,kursus haji/umrah,ceramah dan forum serta lain-lain aktiviti hendaklah menjadi agenda penting bagi menyemarakkan lagi perpaduan ummah di kariah kita.
Oleh itu,saya berharap agar semua umat islam di kariah saya menjadi kariah atau masjid sebagai pusat penyebaran pendidikan dan kegiatan agama islam secara berterusan supaya Allah S.W.T memberikan kita rahmat,petunjuk serta mendapat keampunan dari-Nya.Kesimpulannya,masjid atau kariah juga sudah ditakdirkan menjadi rumah Allah SWT dan milik umat Islam dimanapun berada.Keberadaan masjid bukan hanya menjadi keutamaan sebagai kegiatan ibadah, tetapi keberadaan masjid juga wajib adanya pada suatu wilayah yang ada umat muslimnya.Mungkin dengan keterlibatan masyarakat itu akan membuahkan semangat perpaduan yang kukuh dan akrab seterusnya membawa kepada tercapainya perpaduan ummah melalui kariah.
TAJUK:
Pendidikan Dan Kegiatannya Agama Islam Di Kariah Saya
KONSEP
Pengertian Masjid
Istilah “Masjid” berasal dari perkataan arab iaitu “Masjad”.Masjid atau kariah boleh diklasifikasi didalam dua maksud iaitu dari sudut pergertian bahasa dan juga dari sudut pergertian istilah syara.Perkataan masjid dari sudut bahasa ialah :” Nama bagi tempat sujud dahi .” Dari sudut syara’ pula ialah .”Setiap tempat daripada permukaan bumi dan ini berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘ alaihi wasalam.
Maksudnya: “ Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid ( tempat bersujud )”
(Hadis riwayat Bukhari)
Manakala dari sudut istilah atau ‘urf ialah : “ Tempat yang disediakan khas selama-lamanya untuk bersembahyang .” (Mu’jam Lughat Al-Fuqaha’ : 428 dan I’lam As-Sajid bin Ahkam Al-Masajid: 26-27).Selain itu, masjid juga berasal daripada perkataan Arab "sa-ja-da" yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud disini ialah menyembah Allah s.w.t. Jadi masjid ialah rumah tempat menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (Baitullah).Di antara dalilnya adalah hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari: 323 dan selainnya dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Aku diberi lima hal yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelumku: aku dimenangkan dengan perasaan takut yang menimpa musuhku dengan jarak sebulan perjalanan, bumi dijadikan bagiku sebagai mesjid dan suci, siapa pun dari umatku yang menjumpai waktu shalat maka shalatlah….”
Sumber: Majalah Al-Furqon, edisi 5, tahun ke-4 1425 H.
TAJUK:
Pendidikan Dan Kegiatannya Agama Islam Di Kariah Saya
HURAIAN
Latar Belakang Masjid Jamek Telok Ayer Tawar:
Masjid Jamek Telok Ayer Tawar siap dibina dan dirasmikan pada 4hb.Julai.1999 oleh YB Dato HJ Mohd Shariff B. HJ Omar yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 1999.Masjid ini terletak di Telok Ayer Tawar Seberang Perai Utara dan bersebelahan dengan jalan raya.
Jawatankuasa Qaryah:
Pengerusi: ABD Rahman B. HJ Yusof
Tim.Pengerusi: Tuan HJ Rusli B. HJ Hassan
Setiausaha: Tuan HJ Mohd Asri B. HJ Sudin
Bendahari: Wan Cik Bt. Mohamad
AJK 1: Ahmad B. Nayan
2: Abdullah B. Junus
3: HJ Harun B. Arshad
Senarai pegawai-pegawai Qaryah:
Imam 1: HJ Hassan@ Ismail B. Ahmad
Imam: HJ Omar B. Ahmad
Bilal: Mohd Radzi B. HJ Othman
Bilai: Ismail B. Ahmad
Siak: Roselan B. Abdullah
Siak: Salleh B. Che Mamat
Kemudahan-Kemudahan Masjid:
Antara kemudahan-kemudahan yang ada di masjid ini ialah:
1:Ruang solat 2 tingkat (lelaki dan perempuan)
2:Tandas-lelaki dan perempuan
3:Tempat wuduk lelaki dan perempuan
4:Bilik Jenazah (kelengkapan alat pengkebumian)
5:Kemudahan untuk masjlis kenduri (khemah,pinggan,mangkuk,gelas,sudu,garpu,periuk)
6:Sudut dan bahan bacaan(Al-Quran,Buku Ilmiah,dan Tafsiran Al-Quran dan Hadis)
7:Ruang pembelajaran Al-Quran
8:Landskap (hiasan pokok,kerusi dan meja)
9:Mempunyai tanah perkuburan
10:Rak meletak kasut
11:Tempat meletak kereta,motosikal dan basikal
12:Kolah air wuduk
13:Kemudahan tabungan masjid
PERBINCANGAN(aktiviti-aktiviti):
Aktiviti Masjid Jamek Telok Ayer Tawar
Hasil perbincangan dengan imam kedua masjid iaitu HJ Omar B. Ahmad tentang fungsi dan cara pengendalian aktiviti di masjid saya.Hj Omar menyatakan bahawa fungsi masjid ini seperti mana masjid yang lain iaitu tempat untuk solat berjemaah dan bacaan al-Quran serta pusat untuk penyatuan ummah.Masjid disini juga berfungsi dan berperanan sebagai pusat pendidikan dan kegiatan islam.Ahmad B. Nayan iaitu ahli jawatankuasa masjid memberitahu secara umumnya terdapat pelbagai aktiviti yang di jalankan di masjid ini dan ianya terbahagi kepada empat acara utama itu aktiviti harian, mingguan, bulanan dan juga tahunan.
Antara aktiviti harian ialah:
1:Tazkirah dan kuliah Subuh(setiap hari)
2:Tazkirah dan kuliah Maghrib,(selepas solat maghrib setiap hari)
3:Kelas mengaji untuk anak kariah selepas Zuhur (kecuali hari ahad)
4:Selepas waktu asar majlis Ta'lim Fadail Amal khusus fadhilat solat zikir dan Al-Quran turut diadakan.
Antara aktiviti mingguan ialah:
1:Bacaan yassin pada setiap malam jumaat
2:Mengadakan Qiamullail pada pukul 4.30 pagi iaitu pada pagi jumaat
3:Kelas Fekah,Tasawuf dan Munakahat oleh Ust Wazali dan Ust Mohd Noor
(dan kelas Al-Quran diadakan pada hari sabtu dan ahad,diajar oleh Ust Mansor B.Abd Latiff)
4:Kuliah Subuh dan Maghrib dan juga kuliah mingguan setiap hari Isnin,Selasa,jumaat dan ahad
Antara aktiviti bulanan ialah:
1:Pada setiap bulan di masjid ini biasanya akan diadakan ceramah .Penceramah-penceramah dijemput oleh pengerusi masjid ini
2:Mengadakan Majlis Takaruf pada setiap bulan dan penceramah didatangkan dari Jaip atau mana-mana penceramah luar yang bertauliah
Antara aktiviti tahunan ialah:
1:Penyembelihan lembu sempena Hari Raya Korban juga diadakan pada setiap tahun
2:Mengadakan khusus haji dan umrah
3:Mengadakan bacaan yassin dan solat hajat untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR,PMR,dan SPM
4:Majlis berbuka puasa dan more dalam bulan puasa
5:Bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan dan perkarangan masjid,(semua anak kariah)
6: Mengadakan majlis mengikut kalender islam seperti Sambutan Maulidur Rasul, Maal hijrah dan lain-lain lagi.
7:Mengadakan takbir pada Hari Raya Aidilfitri
PANDANGAN:
Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan pengurusan masjid ini.Pandangan saya tentang masjid ini adalah istimewa bagi saya. Tidak lupa juga. Di kawasan masjid ini telah menyediakan kawasan-kawasan khusus untuk meletakkan kereta, motor dan juga basikal. Kebersihan masjid juga amat memuaskan hati semua para jemaah yang datang kerana kita dapat lihat kawasan di dalam masjid, di sekitar masjid mahupun bilik air adalah sangat bersih.Cuma cadangan saya pada masjid ini ialah supaya memperbanyakkan aktiviti samada sosial,pendidikan dan juga dakwah islamiah dengan lebih meluas sekian terima kasih.
TAJUK:
Pendidikan Dan Kegiatannya Agama Islam Di Kariah Saya
PENUTUP
Demikianlah sudah sepintaslalu tentang fungsi dan peranan serta pendidikan dan kegiatannya agama islam di Masjid Jamek Telok Ayer Tawar.Dalam pemerhatian saya,saya agak berpuas hati dengan aktiviti dan juga pengurusan masjid ini.Saya berharap agar masjid di kariah saya ini akan menjadi salah sebuah masjid yang terbaik dari segi kegiatan agama islamnya.Justeru,ianya dapat memberi impak yang berkesan dalam membentuk keperibadian individu yang baik dan berwawasan.Dan saya ingin berterima kasih kepada AJK MASJID iaitu AHMAD BIN NAYAN kerana banyak memberi tunjuk ajar dan membantu serta memberi maklumat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.Pendekatan ini dapat membantu merealisasikan pendakwahan yang berkesan diantara pihak Masjid Jamek Telok Ayer Tawar.Oleh itu,adalah menjadi tugas kepada seluruh umat islam dalam memastikan bahawa masjid dapat berfungsi dan berperanan sebagai pusat penyatuan ummah dan penyebaran agama islam.
TAJUK:
Pendidikan Dan Kegiatannya Agama Islam Di Kariah Saya
RUJUKAN
Sumber 1:Biodata ustaz:
Nama:Abdul Razif Bin Abd Rahim
Umur:46 Tahun
Tarikh Lahir:22,Mei,1964
Pekerjaan:Guru Agama
Sumber 2: Majalah Al-Furqon, edisi 5, tahun ke-4 1425 H.:
